Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA....

Friday, August 13, 2010
Monday, August 9, 2010
I AM SO LONELY....
Waktu engkau kanak2,kau laksana
temanKU sejati...
Dgn wuduk aku d sentuh dlm keadaan suci..
aku dipegang,dijunjung,diatas rehal aku di pelajari...
aku dibaca dgn kuat @ p'lahan setiap hari...
sekarang engkau dewasa...
kau x berminat lagi...
Apakah aku...hanya untuk kanak2 yg belajar m'gaji??
sekarang aku disimpan hanya sbgai p'hiasan...
@... dibuat tangkal untuk menakutkan
hantu syaitan...
aku t'singkir,dibiarkan b'sendirian dlm kesepian...
diatas almari,di dlm laci aku dipendamkan..
Dulu...pagi2...surah2ku engkau baca beberapa halaman...
sekarang...sambil minum kopi...
engkau baca berita harian...
masa lapang...engkau m'baca sastera karangan manusia..
sedangkan ayat2ku dtg dari tuhanmu..
YANG MAHA PERKASA..
Waktu mlm engkau nongkrong didepan tv..
menonton p'tandingan bola & lakonan tv 3...
didepan komputer b'jam2 engkau duduk....
masa b'lalu...aku m'jadi buruk dlm gerobok.......
mengumpul debu diselaput abuk..
apakah suratkhabar,tv,komputer
dpt m'berimu nikmat??..
bila engkau dikubur b'sendirian..
menunggu kiamat...
engkau didtgi pemeriksaan
oleh para malaikat...
Hanya dgn ayat2 Tuhanmu engkau
dpt terselamat...
sekarang engkau begitu leka m'buang peluang..
setiap saat berlalu....
kuranglah baki umurmu..n kubur sentiasa menunggu...
engkau blh kembali kpd tuhamu bila2 masa...
Apabila malaikat maut m'getuk pintu..
kalau aku dibaca selalu & dihayati....
dikubur nanti....
Aku datang sebagai pemuda tampan...
m'bantu engkau m'bela diri...
peganglah aku lagi...bacalah aku...
setiap hari...
kerana ayat2ku adalah dari tuhan...
YANG MAHA MENGETAHUI....
yg disampaikan oleh jibril kpd NABI MUHAMMAD SAW...
keluarkanlah aku dari almarimu...
sentuhilah aku lagi...
JANGAN DIBIARKAN AKU SENDIRI...
"BECAUSE I'AM SO LONELY"
MARHABAN YA RAMADHAN...
Alhamdulillah,Kita panjatkan puji syukur ke hadirat Allah swt. Kita ucapkan shalawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad SAW, juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.Dapat kita berkumpul sesama ukhwah dlm satu perhimpunan yg mulia disisi Allah s.w.t,apatah lagi dibulan mulia ini,utk sama2 mendengar n berfikr sejenak tentanng kelebihan2 n fadhilat2 di bulan ramadhan yg mulia ini,sahabat2 yg dirahmati Allah s.w.t sekalian, Saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari sisi Allah yang diberkati dan baik dengan Assalamualaikum w.b.t..
1-Bilakah bermulanya Hukum Puasa,
- Berpuasa n salah satu daripada Rukun Islam. Syariat ini diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w.pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
Firman Allah s.w.t
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (QS Al-Baqarah : 183) Puasa lain yang wajib ialah puasa kifarah dan puasa nazar.
2-Pengertian Puasa dan nilai puasa
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari
- menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. puasa merupakan medan latihan kesabaran,
-kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri.
-menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.
Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:
1-Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
2-Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
3-Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan
Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.
pernahkah kita terfikir nilai puasa bg diri kita?
Rasulullah saw dalam meriwayatkan Hadis Qudsi menyatakan bahawa Allah swt berfirman maksudnya,
"Semua amal perbuatan Bani Adam Untuk dirinya peribadi., kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untukKu, dan kerana itu Akulah yang langsung membalasnya. (setakat ini je hadis qudsi,slps ni hadis nabawi)Puasa itu ibarat perisai pada hari melaksanakan puasa, janganlah yang berpuasa mengucapkan kata-kata kotor, tidak sopan, dan tidak enak didengar, dan jangan pula ribut hingar-bingar bertengkar. Jika di antara kamu memakinya atau mengajak berkelahi, hendaklah katakan kepadanya; ": Saya sedang berpuasa". Selanjutnya Nabi saw bersabda. " Demi Tuhan yang diri Muhammad di dalam kekuasaaanNya, sesungguhnya bau busuk mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kesturi" Dan bagi orang puasa tersedia dua kegembiraan, gembira ketika berbuka puasa kerana bukanya dan gembira ketika kelak menemui Tuhannya kerana menerima pahala puasanya".
(H.Q.R. imam-imam Ahmad&muslim dari Abi Hurairah r.a)
Pengajarn dari hadis di atas antaranya(inilah nilai puasa yg kita dpt)
1. Memelihara lidah n anggota badan lainnya dari perbuatan maksiat spt mencela, mengumpat, dll.
2. Menjaga diri jangan sampai terlibat dalam pertengkaran/perkelahian.
3. Bukan sahaja puasa menahan lapar, tapi juga menahan dari yang diharamkan Alllah swt dan yang tidak diredhaiNya.
4. Berpuasa mempunyai 2 kegembiraan, kegembiraan di dunia iaitu berbuka dengan nikmat makanan dan diahkirat gembira keraan mendapat balasan yanag dijanjiukan Allah swt
5. Nilai di sisi Allah sangat tinggi nilainya, Mulut orang yang berpuasa, akibat perut kosong walupun bau busuk tapi lebih wangi dari kesturi di sisi Allah.
SESIAPA yang bergembira dengan datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka. (Riwayat Ibnu Majah)
Begitulah satu daripada beribu hadis yang menyebutkan tentang kelebihan bulan Ramadan yang akan ditempuh oleh seluruh umat Islam dunia tidak lama lagi.
bagaimana untuk memperoleh puasa yang mabrur.
Apakah sikap yang sepatutnya bagi seorang Muslim dalam menyambut Ramadan?
A: Dalam menyambut Ramadan, saya dapati ada beberapa sikap atau watak individu Muslim. Antaranya ada yang rasa terbeban dengan bulan Ramadan. Ini kerana puasa pada siang hari dengan kadar masa yang agak panjang. Godaan perut makin banyak sekarang ini. Malam hari pula terpaksa pergi ke masjid atau surau untuk solat Isyak berjemaah dan sunat tarawih.
Sepatutnya sikap berasa terbeban dengan kedatangan Ramadan tidak boleh berpanjangan. Sebagai Muslim, puncak ibadat adalah ketaatan terhadap perintah Allah. Apa jua perintah Ilahi, kita dengar dan kita taati. Seorang Muslim perlu gembira dengan kedatangan Ramadan kerana pintu-pintu syurga dibuka manakala pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pula dirantai. Ini peluang yang baik untuk mendapat ganjaran pahala dengan mudah.
Antara hasil puasa Ramadan ialah takwa. Namun masih ramai yang berpuasa tetapi masih melakukan maksiat seperti tidak solat dan bermain nombor ekor. Apakah status puasa golongan ini?
A: Memang hasil puasa adalah takwa. Ini sabit dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 di mana Allah berfirman mafhum-Nya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat sebelum kamu semoga kamu menjadi golongan bertakwa.
Jadi, puasa penghujungnya ialah takwa. Tetapi tidak semestinya orang yang berpuasa akan beroleh nilai takwa. Ia perlu melalui proses pendidikan sepanjang bulan Ramadan. Kalau puasa, tetapi banyak larangan puasa dilanggar, puasanya tidak berkualiti.
Macam solat juga. Al-Quran menyatakan bahawa solat mencegah daripada perbuatan keji dan munkar. Tapi bukan sebarang solat. Ia adalah solat yang berkualiti dan khusyuk. Macam juga haji. Oleh itu, kalau kita betul-betul ingin menjadi Muslim yang bertakwa, ambillah dan gunakanlah peluang bulan Ramadan bersungguh-sungguh, insya-Allah kita akan betul-betul bertakwa.
Puasa golongan yang masih tidak solat atau main nombor ekor, puasanya dikira sah kerana ia bukanlah perkara yang membatalkan solat. Namun puasa tersebut bukanlah puasa yang berkualiti. Sabda Nabi SAW dalam riwayat al-Bukhari yang bermaksud: Puasa itu adalah perisai, maka janganlah orang yang berpuasa bercakap dengan perkara keji dan janganlah dia melakukan perbuatan orang jahil.
-Ramadhan ini dpanggil bulan perasaan dan rohani serta saat utk menghadapkan diri kpd Allah s.w.t... kalau dizaman tabie’n dahulu ketika dtg bulan ramadhan,sebagian salafusoleh akan mngucap slamta tinggal kpd sebagian mrk yg lain,krn bulan puasa ini adlh bulan ibadah,ykni bulan utk melaksanakn ibadat shiyam dan qiyam(solat mlm)dn mrk nk mnyendrikn dri hanya dgn Allah s.w.t.
sahabatku sekelian,
Ramadhan juga adalah bulan al quran,sprtimana dlm hadis riwayat imam ahmad n ath tabrani,Rasulullah s.a.w bersabda: “Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanyamemberikan syafaat. ”

BERUSAHA CAPAI PUASA MABRUR.

SELAMAT BERIBADAH SEMUA.... ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)